Integrity + Humble + Strategy + Ambitious + Neat + Independent
Six Basic Formulas To
EXCELLENCE

MAKLUMAN

PELUANG KERJAYA

Tajuk : Kerjaya-Perunding Kewangan Islam

Tarikh :
12/06/2010 (Sabtu)
Tempat:
Pejabat Public Mutual (Butterworth)
Yuran : RM 0.00

Tempat terhad, untuk tempahan sila email maklumat peribadi anda (Nama, Umur & No Hp) ke:
ihsani.utc@gmail.com / sms ke: 019-9222 799


Kelayakan Minima : SPM
**Lepasan ijazah/diploma digalakkan hadir.


Thursday, December 31, 2009










Wednesday, December 30, 2009

PERUNDING UNIT AMANAH

1 comments


Kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah di Public Mutual Bhd(anak syarikat milik penuh Public Bank) sangat menarik dan semakin terbuka luas terutama di kalangan orang melayu.

Kerjaya ini memberikan anda faedah-faedah berikut:

  1. Potensi untuk mendapat ˜unlimited income’ di samping memperoleh ‘passive income’.
  2. Waktu bekerja yang fleksibel.
  3. Trip holiday’ dan anugerah-anugerah kecemerlangan.
  4. ‘Professional training’dan ‘coaching’ untuk menyokong keperluan kerjaya.
  5. Bonus, insuran/takaful dan insentif pembelian kereta.
  6. Pelbagai perisian pengurusan kewangan yang professional.
  7. Subsidi untuk mengambil sijil ‘Certified Financial Planner (CFP)’
  8. Dan banyak lagi...

Mengapa anda perlu memilih Public Mutual Bhd(PMB).

PMB adalah syarikat Unit Amanah No 1 di Malaysia dan adalah ‘The best Islamic Fund Manager’ di Asia. PMB menguruskan 63 dana dengan jumlah NAV ( Net Asset Value) melebihi RM28.4 billion . PMB mempunyai 1.8 juta pemegang akaun.

Kini di Malaysia terdapat 28 syarikat unit Amanah dan PMB menguasai 39.2% Pasaran unit Amanah di Malaysia. (source:The Edge-Lipper, 16 June 2008)

PMB memasarkan 16 dana-dana Islamik yang berasaskan syariah yang telah terbukti memberikan pulangan yang mengalakkan.

Sehingga kini, PMB telah memenangi lebih daripada 120 anugerah.

Pada tahun 2008, PMB telah memenangi 8 daripada 21 anugerah yang dianjurkan oleh The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2008 termasuk Best Equity Group for 3 Years. PM juga memenangi 4 daripada 6 anugerah yang dianjurkan oleh Morningstar 2007 Fund Awards (Malaysia). PM juga telah dinobatkan sebagai Best Islamic Fund Manager in Asia by Failaka Advisors, Dubai untuk tahun yang kedua berturut-turut.

Antara pencapaian lain ialah:

  1. 2 anugerah daripada Asian Investor 2008 Investment Performance Awards.
  2. 2 anugerah daripada Asia Asset Management (AAM) Best of the Best Country Awards 2007.
  3. The BrandLaureate for brand excellence in the Financial Services Investment Funds Category.
  4. Reader’s Digest Trusted Brands Gold Award for the Investment Fund Company category in Malaysia.

Bagaimana hendak menjadi Perunding Unit Amanah? Syarat-syarat :

  1. Sekurang-kurangkan berkelulusan SPM.
  2. Berumur 21 tahun ke atas.
  3. Lulus CUTE (Computurised Unit Trust Examination – CUTE) conducted by FMUTM.

Dokumen yang diperlukan adalah:

  1. 8 keping gambar bersaiz pasport.
  2. Salinan kad pengenalan (1 salinan).
  3. Salinan sijil pengajian ( sekurangnya SPM).
  4. Wang pendaftaran RM 250.00 (termasuk yuran CUTE, commissioner of oath, beg, brochure, sales pamphlet etc).
Kepada sesiapa berminat, sila hubungi atau emel seperti tertera atau layari blogs kami di http://unitamanah2u.blogspot.com

Terima Kasih

IHSANI EXCELLENT TEAM
019.9222.799
ihsani.utc@gmail.com



Monday, December 28, 2009

Aku Seorang Perunding Unit Amanah

0 comments

SUFFIEAN HJ. SULAIMAN

Usia 35 tahun pada Mac 2009, merupakan seorang yang aktif berpersatuan dan beliau juga merupakan pengasas dan pengerusi bagi satu badan amal yang dikenali Ihsan An-Nuur Iman (IHSANI). Pendidikan awal beliau di Sek. Keb. Kerteh, Terengganu, manakala peringkat menengah di Sek. Men. Beserah, Kuantan. Selepas tamat persekolahan, beliau seterusnya meneruskan pengajian peringkat diploma dalam bidang Pemasaran Perniagaan di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Kerjaya pertama beliau selepas tamat belajar ialah pembantu remiser di salah sebuah syarikat broker saham di Kuala Lumpur. Seterusnya menyambung kerjaya di sebuah syarikat multinasional untuk tempoh 1 tahun sebelum dipindahkan ke syarikat usahasama yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur untuk tempoh 3 tahun.

Selepas menimba pengalaman bekerja, beliau memberanikan diri menceburi bidang perniagaan ketika berusia 25 tahun hinggalah 2009. Di antara perniagaan beliau ceburi adalah perkhidmatan teknologi komunikasi, peralatan cenderahati dan juga perkhidmatan minyak dan gas. Tahun 2008 adalah merupakan satu penghijrahan dalam perniagaan yang mana beliau telah menceburi bidang unit amanah di Syarikat Pelaburan Unit Amanah No 1 sebagai Perunding Unit Amanah (PUA). Bermula secara separuh masa disebabkan masih terikat dengan kerja-kerja pengurusan syarikat. Tetapi selepas setahun menceburi kerjaya sebagai PUA, beliau mengambil keputusan untuk serius dalam bidang ini secara sepenuh masa memandangkan klien semakin bertambah dan juga melihat kerjaya ini mempunyai prospek perniagaan yang luas.

Beliau rasakan inilah satu karier yg sepatutnya sudah lama diceburi, ini kerana kerjaya PUA ini sama seperti menjalankan perniagaan lain cuma perbezaannya ialah ia tidak memerlukan modal yang besar dan boleh dikatakan modalnya hampir tiada manakala risikonya amat rendah. Waktu kerja yang fleksibel, pendapatan tanpa had, peluang melancong ke luar negara secara percuma, pengiktirafan dari syarikat dan yang penting sekali kerjaya ini dengan sendiri mengajar kita menjadi seorang yg faham selok belok kewangan.

Beliau juga mengesyorkan agar ramai bumiputra menceburi bidang ini terutama lepasan kolej atau universiti memandangkan potensi kerjaya PUA amat baik dan profesional. Terdapat ramai PUA yang telah berjaya memperolehi pendapatan 6 angka hanya dalam masa kurang 3 tahun. Manakala dari segi pengetahuan berkenaan produk-produk pelaburan, pihak syarikat mewajibkan PUA untuk mengikuti latihan dan kursus yang diadakan hampir setiap bulan.

Beliau bergerak aktif di seluruh negeri Terengganu bagi memberi penerangan mengenai pelaburan unit amanah dan juga menyampaikan taklimat mengenai kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah. Kepada yang berminat boleh layari blogs beliau di http://unitamanah2u.blogspot.com

Sunday, December 27, 2009

Azizah pernah ‘cuci rambut’ kawan untuk cari duit poket

0 comments
Dari blog rakan
Kejayaan Seorang Perunding Unit Amanah



SEBAHAGIAN daripada kita mungkin pernah dilanda rasa bosan dengan pekerjaan yang dilakukan. Berpuluh tahun melakukan rutin sama sehingga kadangkala bagaikan ‘mengheret’ kaki ke pejabat setiap pagi.

Terikat dengan pelbagai komitmen, keinginan untuk berubah kerjaya kerap terbantut apatah lagi apabila gagal mencari kerjaya lain yang sesuai.

Begitupun, bak kata Pengurus Agensi Kumpulan (GAM) Public Mutual, Azizah Saad, 39, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Setiap perubahan yang ingin dilakukan pasti ada risiko, terpulang kepada kemahuan dan keazaman untuk menjayakannya.

Ini juga adalah antara kunci kejayaan ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, Sharifah Aisyah Akmal Syed Ahmad Akmal, 14, Syed Aiman Akmal, 12, dan Syed Aniq Akmal, sehingga meraih gelaran sebagai perunding unit amanah nombor satu bagi bumiputera dan ke dua terbaik bagi keseluruhan di Public Mutual.

Ikuti temu bual bersama wartawan, Siti Zaleha Jorimai dan jurugambar, Halim Khalid bersama wanita cemerlang ini.

Keluarga: Apakah sebenarnya unit amanah?

Azizah: Unit amanah ialah skim pelaburan kolektif yang diurus secara profesional dengan mengumpulkan wang seorang individu dan ribuan pelabur lain. Pengurus pelaburan yang pakar kemudian akan melaburkan wang tersebut bagi pihak pelanggan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan mengikut matlamat pelaburan dana tersebut

Apa pula peranan perunding unit amanah (UTC) seperti anda?

Secara profesionalnya, kami bolehlah dikatakan perunding perancang kewangan. Kami membantu individu merancang simpanan mereka dalam tempoh sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun).

Setiap orang mempunyai matlamat berbeza. Di sinilah peranan kami bermula, dengan memberi pelan perancangan simpanan yang bersesuaian dengan individu tersebut.

Kami sekadar memberi panduan. Pilihan dan bentuk simpanan masih terpulang kepada individu berkenaan. Memanglah pelaburan yang dibuat ada turun naik mengikut harga pasaran, tetapi risikonya amatlah rendah dan kita boleh mengendalikan risikonya dengan baik

UTC yang komited dan terlatih akan membantu pelanggan mencapai matlamat pelaburan tersebut.

Mungkin anda ada panduan dalam memilih unit amanah yang terbaik?

Pertamanya, individu tersebut perlu memahami objektif simpanan tersebut sama ada untuk pendidikan, pembelian harta, simpanan untuk hari tua dan sebagainya. Seterusnya, mereka mesti bijak mencari syarikat pengendali unit amanah yang konsisten dalam memberi pulangan dan keuntungan.

Komitmen seorang UTC juga penting bagi individu tersebut mendapat khidmat nasihat yang terbaik terhadap pelaburan mereka.

Bagaimana mahu dari segi membina kerjaya sebagai UTC berjaya?

Kerjaya ini menjanjikan pendapatan mengikut seberapa banyak anda mahu. Apa yang penting kesungguhan dan kesanggupan untuk berkerja keras kerana kerjaya ini adalah perniagaan anda dengan modal serendah RM247.50 (yuran peperiksaan Persekutuan Pengurusan Unit Amanah Malaysia sebagai lesen menjadi UTC).

Dalam pada masa sama, pastikan syarikat yang disertai mempunyai catatan rekod yang cemerlang dan konsisten dalam memberi keuntungan kepada perunding dan pelabur.

Bagi saya ada tiga kunci utama untuk berjaya dalam bidang ini iaitu komitmen, boleh menerima tunjuk ajar dan keinginan atau kemahuan yang tinggi. Dengan ketiga-tiga ciri ini sesiapa pun boleh buat tidak kira lepasan universiti atau lulus sekadar lulus Sijil Pelajaran Malaysia (kelayakan minimum).

Boleh ceritakan perjalanan anda dalam mencapai kejayaan seperti sekarang?

Selepas tamat kursus kesetiausahan di Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) pada 1989 saya sempat bekerja sebagai setiausaha di bank. Sekian lama bekerja di situ, saya sedar kerja makan gaji tidak membawa saya ke mana-mana.

Saya kuat percaya untuk kaya hanya dengan berniaga. Dalam Islam sendiri menyebut sembilan daripada 10 rezeki melalui perniagaan.

Sebenarnya, dari zaman sekolah lagi saya sudah pandai cari duit sendiri. Saya bekerja di restoran dengan umpah RM4. Keluarga saya orang susah, bapa kerja nelayan dan emak pula suri rumah. Abang dan kakak saya tidak berpeluang bersekolah tinggi semata-mata untuk memberi laluan kepada adik-adiknya mendapat pendidikan yang lebih baik.

Ketika ditawarkan masuk ITM, berdikit-dikit ayah kumpul duit untuk bayar yuran dengan dibantu abang. Masa di kolej juga saya cuba cari duit sendiri. Saya ‘ambil upah' mencuci rambut kawan-kawan, dapat 50 sen seorang, lepaslah duit makan. Saya pernah juga beli nasi lemak di luar kemudian saya jual balik pada kawan-kawan di kolej dengan mengambil untung sedikit.

Walaupun apa yang saya lakukan nampak kecil, sebenarnya ia memberi pengalaman dan pengajaran berguna pada saya terutama dalam memahami dunia perniagaan.

Sebelum menyertai unit amanah, segala bentuk perniagaan saya buat daripada jualan langsung hingga kepada menjadi agen insurans. Ketika itu walaupun tidak mempunyai ramai kenalan di Kuala Lumpur, saya beranikan diri menegur dan menghubungi sesiapa saja yang berpotensi menjadi pelanggan saya. Cubaan menjadi agen insurans berhasil sehingga meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Ketika itu saya mengambil keputusan berhenti kerja tetap kerana tidak mampu mengimbangi dua pekerjaan sekali gus.

Ketika situasi insurans kurang memberangsangkan disebabkan kejatuhan ekonomi pada 1998, pendapatan saya merosot sehingga ke RM1,500. Saya nanik, tetapi bernasib baik mendapat peluang menjadi UTC selepas diperkenalkan oleh seorang rakan.

Apakah cabaran yang dihadapi selepas menyertai unit amanah?

Saya menyertai bidang ini dengan pengetahuan yang kosong dan tak tahu apa yang saya jual. Namun, saya punya keinginan yang kuat dan berusaha mendalami setiap aspek perniagaan ini.

Selepas melalui saat jatuh bangun, Alhamdulillah, berkat kerja keras dan kesungguhan akhirnya berhasil. Pada tahun lepas saja jualan kumpulan saya mencecah RM122 juta. Saya mempunyai seramai 200 UTC dan seorang GAM terus di bawah saya.

Saya menyimpan cita-cita untuk menghasilkan 50 GAM dalam tempoh 10 tahun lagi. Saya yakin ia mampu dicapai jika ada kesungguhan dan keazaman.

Apa resipi kejayaan anda sehingga ke tahap sekarang?

Sebagai UTC , pertama sekali sanggup berhadapan dan menerima risiko ditolak. Saya selalu ingatkan kepada anak-anak didik saya bahawa penolakan bukanlah sesuatu yang peribadi sehingga boleh menyebabkan kita jatuh. Sebaliknya, dijadikan pendorong untuk terus berusaha.

Keduanya, saya memilih orang yang tepat untuk saya rekrut. Memilih orang yang tepat tidak bermakna yang berpendidikan tinggi saja sebaliknya, mereka yang menunjukkan kesanggupan untuk berusaha. Kalau diletakkan sasaran dia akan memastikan sasaran itu dapat dicapai. Sebagai ketua yang baik saya juga perlu bijak untuk memberi motivasi kepada orang di bawah saya untuk terus bersemangat.

Personaliti Seorang Perunding Unit Amanah

0 comments
Dari blog rakan


Beberapa bekas plastik bertanda disusun rapi atas meja personaliti XY - Ikon Lelaki ini. Belum sempat bertanya, Nazril Idrus menjelaskan setiap bekas melambangkan tabung dan agihan wang yang sepatutnya diamalkan siapa saja. Dekati jejaka ini...

ORANGNYA cukup peramah biarpun pertama kali bersua. Personalitinya cukup sesuai dengan kerja sampingan sebagai pelakon, pengacara program televisyen malah pernah muncul dalam iklan komersial. Namun semua itu dilakukan demi hobi. Bagi Nazril Idrus, cinta beliau yang sebenarnya ialah pada sektor pengurusan kewangan dan strategi pelaburan jangka panjang.

Maka tidak hairanlah Nazril mengambil langkah berani menubuhkan firma perunding kewangan, LVG Consultants. Beliau yang mengasaskan firma ini bersama seorang rakan dan menduduki kerusi Presiden, bersemangat setiap kali bercerita soal wang. Lucunya, Nazril bercerita, ketika mula bekerja, beliau bukanlah seorang pengurus kewangan yang baik. “Bekerja dalam bidang kewangan atau perakaunan tidak bermakna seseorang itu bijak menguruskan kewangan sendiri.

“Hakikatnya, mereka seperti orang lain yang kadang-kadang kurang berhati-hati dalam percaturan perbelanjaan kewangan,” katanya yang pernah berkhidmat di firma perakaunan berprestij serta syarikat pengeluar petroleum.

Berpengalaman bekerja di Melbourne, Australia dan London, United Kingdom (UK), Nazril beruntung memperoleh pendapatan mewah kerana dibayar mengikut mata wang kedua-dua negara itu.

“Namun, saya terkilan apabila memikirkan bagaimana pendapatan saya ketika itu dibelanjakan. Hampir semua dihabiskan begitu saja tanpa sedikitpun dilabur.

“Sepatutnya dengan gaji yang saya terima, saya boleh membeli aset untuk pelaburan jangka panjang. Namun, tiada apa yang saya buat hinggalah kembali ke tanah air,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Damansara Perdana, Petaling Jaya, minggu lalu.

Apabila pulang ke Malaysia, Nazril terjebak pula dengan skim pelaburan yang akhirnya mengundang musibah. Wang simpanannya sebanyak RM12,000 terbuang begitu saja. Kata Nazril, kejadian itu memberi pengajaran besar buat dirinya.

“Ketika itu, saya hanya fikir meraih keuntungan segera tapi tidak menyemak sama ada pelaburan itu sah di sisi undang-undang atau sebaliknya,” katanya.

Nazril berkata, segala-galanya berubah apabila beliau menghadiri seminar pembangunan diri bagi mengenal pasti minat dan potensi individu.

Pada ketika itu, minat Nazril terhadap kerjaya makin berkurangan. Beliau tidak lagi seronok mengendalikan akaun atau penyata kewangan orang lain. Dari pengalaman yang ditimbanya pada seminar itu, Nazri sedar beliau lebih suka melakukan kerja yang membabitkan interaksi dengan orang ramai. Beliau terfikir bidang perniagaan yang diminatinya sejak dulu, mungkin menjadi laluan terbaik mencapai impian itu.

“Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan pengurus perkahwinan, saya beralih kepada bidang yang lebih menepati minat saya iaitu unit amanah.

“Minat timbul selepas melihat hasil agak lumayan daripada sejumlah wang yang dilaburkan ke dalam unit amanah tidak lama dulu.

“Bagi saya, kaedah pelaburan ini baik untuk jangka panjang dan selamat. Lalu saya bersama rakan kongsi sepakat menubuhkan firma perunding kewangan yang memberi panduan pengurusan kewangan terbaik,” kata suami kepada pelakon dan pengacara, Sazzy Falak ini. LVG Consultants menawarkan khidmat rundingan kewangan yang antara lain mengesyorkan pelanggan membina ‘kubu kewangan’ untuk keluarga.

Kubu kewangan yang dimaksudkan adalah pelaburan jangka panjang di mana hasilnya dapat dinikmati keluarga turun temurun. Sasaran LVG adalah memastikan setiap keluarga di Malaysia mempunyai kubu kewangan masing-masing.

Ikuti cerita dan obsesi Nazril terhadap bidang pengurusan kewangan bersama XY - Ikon Lelaki...

Ceritakan serba sedikit perjalanan anda sebelum berada di tahap sekarang?


Daripada perunding unit amanah, saya dilantik menjadi ketua kumpulan. Kemudian, ada rakan mengajak saya mendapatkan lesen jurulatih perunding saham amanah. Melalui program latihan, saya memperoleh lesen itu sembilan bulan kemudian.

Selepas itu, kami terfikir kami harus mengambil peluang memulakan kerjaya ini sendiri. Lalu kami nekad menubuhkan firma rundingan LVG. Saya menggunakan khidmat jurulatih perniagaan untuk mendapatkan kaedah menjadikan bidang ini sebagai perniagaan.

Pelanggan yang menggunakan khidmat kami adalah mereka yang hendak mendapatkan nasihat mengenai pelaburan dan kubu kewangan. Ini termasuk mereka yang hendak mendapatkan latihan menjadi perunding pelaburan.


Apakah kelebihan bidang ini sehingga menarik minat anda untuk menyertainya?

Saya sukakannya kerana ia membolehkan kita menggunakan kreativiti sendiri untuk merancang visi hidup kita atau mendapatkan khidmat orang lain dalam membuat perancangan kewangan untuk kita.


Bagaimana jika jalan pelaburan yang anda syorkan kepada pelanggan tidak memberi hasil seperti yang diharapkan atau mungkin masalah lain akan timbul?

Jika perkara ini timbul, lazimnya kita akan semak kembali strategi pelaburan dan tentukan perancangan seterusnya. Dalam apa perkara pun, ada naik dan turunnya. Bagi menentukan jalan mana yang hendak dipilih, kita harus pastikan adakah jalan yang kita hendak ambil itu ada ‘cahaya’ di hujungnya. Jika diyakini ada ‘cahaya’, memang berbaloi jika kita sabar menempuhinya. Lagipun, dalam pelaburan untuk kubu kewangan ini, pulangannya bukanlah dalam tempoh setahun atau dua tahun. Jangka masanya panjang, namun pulangannya lumayan.


Adakah latar belakang dalam bidang kewangan diperlukan untuk menjadi perunding kewangan?
Tidak semestinya. Apa yang lebih penting adalah keinginan untuk belajar, boleh dilatih dan sanggup dibimbing. Sebelum membimbing orang, anda harus pastikan yang diri anda boleh dibimbing terlebih dulu.


Selama berkecimpung dalam bidang ini, bagaimana anda melihat keterbukaan golongan lelaki dan wanita terhadap pelaburan?

Boleh dikatakan tidak banyak beza antara lelaki dan wanita. Tapi, setakat ini, golongan wanita lebih mudah diajak menyertai bidang ini berbanding lelaki. Mungkin ini kerana kebanyakan lelaki lebih cenderung membuat pelaburan lebih agresif yang kononnya memberi pulangan besar dan cepat. Sebenarnya, ia bergantung kepada individu juga.

Selain ilmu pelaburan, apa kemahiran lain yang anda pelajari untuk bidang ini?
Disebabkan kerjaya ini memerlukan saya berinteraksi dengan ramai orang, saya banyak membuat rujukan mengenai sikap manusia. Antara yang saya temui ialah rata-rata mereka yang ingin dilatih menjadi perunding pelaburan mempunyai empat jenis sikap iaitu suka menganalisis, mengawal, mempromosi dan relaks.

Individu yang mudah dibimbing adalah mereka yang mempunyai sikap mempromosi dan mengawal manakala yang agak sukar dibimbing adalah mereka yang mempunyai sikap mengawal dan menganalisis. Selain itu, saya lebih suka membimbing orang yang optimis kerana mereka akan sentiasa menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya

Dari pemerhatian anda, pada peringkat usia berapakah lazimnya seseorang lelaki mula mengambil berat mengenai kewangan dan pelaburan?

Kebanyakannya pada usia pertengahan 30-an atau selepas beberapa tahun bekerja dan kedudukan kewangan stabil. Biasanya, pada peringkat permulaan mereka akan melakukan pelaburan yang salah kerana keinginan untuk cepat kaya dan kurang maklumat mengenai pelaburan yang baik. Bila sudah belajar daripada kesalahan berkenaan, mereka akan ambil pengajaran dan lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan.

Justeru, pada usia apa seseorang lelaki digalak memulakan pelaburan jangka panjang?
Sebaik mula bekerja. Tidak semestinya dimulakan dengan jumlah pelaburan yang tinggi kerana ia boleh disesuaikan mengikut kemampuan seseorang. Ketika ini, kita beruntung kerana maklumat mengenai pelaburan mudah didapati berbanding dulu.

Bagaimana langkah pelaburan jangka panjang yang seharusnya dilakukan seseorang?

Pertama sekali, lihat jangka masanya. Kedua, anda harus pastikan ada peruntukan untuk pelaburan setiap bulan. Kemudian, semak pelaburan anda itu setiap enam atau 12 bulan dan akhir sekali lakukan tindakan yang dapat meningkatkan nilai pelaburan.

Contohnya, memindahkan akaun pelaburan dari akaun pasif kepada aktif. LVG Consultant di bawah pengurusan anda sudah menerima dua anugerah berprestij iaitu ActionCoach Business of The Year Award Malaysia 2008 dan ActionCoach Best Team Award Malaysia 2007.

Apa perasaan anda selepas menerima anugerah ini?

Saya sudah berusaha dengan begitu gigih dan membuat pelaburan yang banyak untuk mendapatkan latihan. Kini usaha itu berhasil. Apa yang lebih penting, ia menunjukkan bahawa sistem, ideologi dan perniagaan yang dijalankan LVG diiktiraf.

Ceritakan sedikit mengenai rutin harian anda.
Selalunya, setiap pagi saya akan mulakan hari saya dengan membaca buku berfaedah atau buku yang banyak memberi idea kepada kita untuk menjalani kehidupan.

Kemudian, saya akan semak atur cara harian dan lakukan apa yang dirancang.

Jika ada masa lapang, saya akan luangkan masa bersantai di kedai kopi sambil membaca buku kegemaran, menonton wayang atau beriadah, sama ada berjoging atau bermain bola sepak.

Apa pula harapan anda sempena 2009?
Saya ingin memperkenalkan program perancangan kewangan ini kepada lebih orang ramai dengan lebih giat. Selain itu, saya mengidamkan program televisyen sendiri yang berkonsepkan nasihat kewangan seperti rancangan popular yang dikendalikan Suzy Orman.



Harap-harap semua ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh yang terdekat.